Hulu Langat
Hulu Langat
Ulu Langek | |
---|---|
Daerah Hulu Langat | |
Transkripsi lain | |
• Jawi | دايره هولو لاڠت |
• Cina | 乌鲁冷岳县 |
• Tamil | உலு லங்காட் |
Lokasi Hulu Langat di Malaysia | |
Koordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°EKoordinat: 3°05′N 101°50′E / 3.083°N 101.833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pusat | Bandar Baru Bangi |
Kerajaan kawasan tempatan | Majlis Perbandaran Kajang (Selatan) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Utara) |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Ani Ahmad[1] |
• Orang Besar Daerah | Abdul Jalil Abdul Rani |
Keluasan | |
• Jumlah | 829.44 km2 (320.25 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 1,400,461 |
• Kepadatan | 1,700/km2 (4,400/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diamalkan) |
Poskod | 43xxx, 55xxx, 56xxx, 68xxx |
Kod panggilan | +6-03-4, +6-03-8, +6-03-9 |
Nombor plat kenderaan | B |
Daerah Hulu Langat[3] merupakan salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia berkeluasan 829 kilometer persegi dan merupakan daerah kelima terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini juga merupakan daerah ketiga paling ramai penduduk di Malaysia dengan jumlah penduduk seramai 1,400,461 orang pada tahun 2020. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadan dengan :-
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah barat laut;
- Daerah Petaling di sebelah barat;
- Daerah Sepang di sebelah barat daya;
- Negeri Pahang di sebelah timur laut;
- Negeri Sembilan di sebelah selatan dan timur.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai versi pendapat asal-usul nama Hulu Langat. Perkataan "Langat" dipercayai berasal daripada sejenis serangga bernama "langat" yang banyak dijumpai sebelum kampung dan bandar dibina di daerah ini. Pendapat lain mengatakan perkataan tersebut berasal daripada nama sejenis ikan iaitu "selangat". Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan perkataan tersebut diambil daripada nama Sungai Langat yang dinamakan kerana air sungai itu hangat.
Perkataan "hulu" pula bermaksud kawasan yang dalam atau sumber sesuatu sungai.[4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kelompok masyarakat pertama yang telah mendiami lembah Langat merupakan orang asli Sakai jauh lebih lama dari masyarakat Melayu. Namun sekitar tahun 1887, pengaruh Melayu telah masuk ke daerah ini setelah direkodkan bahawa masyarakat Sakai pada waktu tersebut dapat berbicara dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Masyarakat tempatan pada waktu itu dikenali sebagai "Besisi" dan terbahagi kepada dua kelompok, "Orang Bukit" yang tinggal di kaki bukit dan "Orang Tanjong" yang tinggal di persisiran sungai.
Hulu Langat asalnya merupakan sebahagian daripada Negeri Sembilan. Pada tahun 1880, Hulu Langat telah diserahkan kepada Selangor di atas pertukaran dengan Lukut. Pada tahun 1855, pekan kecil Rekoh telah menjadi sebuah kawasan perlombongan bijih timah. Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor telah menjemput seorang Kapitan Cina, Chin Ah Chan untuk membuka sebuah kawasan perlombongan di Bukit Arang.
Sekitar 1940 hingga 1950, daerah Hulu Langat merupakan antara kawasan yang paling terjejas akibat serangan komunis. Antara pekan yang teruk terjejas termasuklah Kajang, Bangi, Balakong dan Semenyih. Kerajaan British telah membuka beberapa kampung baru di sekitar daerah bagi mengurangkan pengaruh komunis dalam kalangan penduduk.[4]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Hulu Langat ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Daerah ini juga dibahagikan kepada tujuh mukim, 11 bandar dan 20 pekan.[5]
Mukim
[sunting | sunting sumber]Bandar dan pekan
[sunting | sunting sumber]- Bandar Cheras
- Bandar Ulu Langat
- Bandar Kajang
- Bandar Semenyih
- Bandar Ampang
- Bandar Country Height
- Bandar Balakong
- Bandar Baru Bangi
- Bandar Batu 9, Cheras
- Bandar Batu 18, Semenyih
- Bandar Batu 26, Beranang
- Pekan Beranang
- Pekan Kacau
- Pekan Tarun
- Pekan Bangi Lama
- Pekan Batu 18, Ulu Langat
- Pekan Batu 23, Sungai Lalang
- Pekan Batu 26, Beranang
- Pekan Bukit Sungai Raya
- Pekan Cheras
- Pekan Desa Raya
- Pekan Dusun Tua Ulu Langat
- Pekan Kampong Pasir, Batu 14, Semenyih
- Pekan Kampong Sungai Tangkas
- Pekan Rumah Murah Sungai Lui
- Pekan Semenyih
- Pekan Simpang Balak
- Pekan Sri Nanding
- Pekan Sungai Kembong Beranang
- Pekan Sungai Lui
- Pekan Sungai Makau
Wakil Rakyat
[sunting | sunting sumber]Senarai wakil rakyat di dalam daerah Hulu Langat, Selangor.
Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]- Ahli Parlimen Ampang
- YB Puan Rodziah Ismail
- Ahli Parlimen Pandan
- YB Tuan Rafizi Ramli
- Ahli Parlimen Hulu Langat
- YB Tuan Mohd Sany Hamzan
- Ahli Parlimen Bangi
- YB Tuan Syahredzan Johan
Ahli Dewan Negeri (ADN)
[sunting | sunting sumber]- ADN Bukit Antarabangsa
- YB Tuan Kamri Kamaruddin
- ADN Lembah Jaya
- ADN Pandan Indah
- YB Tuan Ir. Izham Hashim
- ADN Teratai
- YB Tuan Yew Jia Haur
- ADN Dusun Tua
- YB Datuk Wira Johan Abd Aziz
- ADN Semenyih
- YB Tuan Nushi Mahfodz
- ADN Kajang
- YB Tuan David Cheong
- ADN Sungai Ramal
- YB Tuan Mohd Shafie Ngah
- ADN Balakong
- YB Tuan Wayne Ong Chun Wei
Demografi
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Hulu Langat ialah seramai 1,400,461 orang dengan kepadatan penduduk 1,681 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 63 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak lapan peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 431,574 tempat kediaman dengan sebanyak 387,547 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 975 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 390 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 35 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 812,440 |
Cina | 362,293 | |
India | 106,092 | |
Lain-lain | 8,462 | |
Bukan warganegara | N/A | 111,174 |
Agama | Jumlah | % |
---|---|---|
Islam | 889,562 | 63.5 |
Buddha | 317,630 | 22.7 |
Hindu | 101,610 | 7.3 |
Kristian | 64,196 | 4.6 |
Lain-lain | 18,939 | 1.4 |
Tidak beragama | 8,091 | 0.5 |
Tidak diketahui | 433 | 0.03 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Portal Rasmi PDT Hulu Langat Carta Organisasi Utama". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
- ^ "Portal Rasmi PDT Hulu Langat Latar Belakang". www2.selangor.gov.my.
- ^ "9 Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor". Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-16. Dicapai pada 16 November 2012.
- ^ a b Merican, Muhaimin. "Hulu Langat : A Glimpse of Past". selangorjournal.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-02-25.
- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
- ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hulu Langat |